X
 
   
 
Home Multimedia E-News Online Payment Contact Us  
 
 
 
 

 
REDtone tawar 4G 100Mbps

13 Dec 2012

 

 
SUBANG- REDtone International Bhd. (REDtone) akan melancarkan perkhidmatan 4G evolusi jangka panjang (4G LTE) dengan kelajuan sehingga 100 Megabit sesaat (Mbps), khusus kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat tahun depan.
 
Tawaran kelajuan menarik berkenaan adalah hasil kerjasama REDtone dengan Maxis Bhd. (Maxis) dan pakej pertama dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun hadapan.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lau Bik Soon (gambar) berkata, setiap penerima lesen spektrum 2,600 MHz hanya dibekalkan dengan kelajuan sehingga 20 Mbps oleh kerajaan.
 
"Menggunakan teknologi padanan, 20 Mbps berkenaan boleh ditingkatkan sehingga 50 Mbps.
 
"Oleh itu, bagi memperoleh kelajuan yang lebih tinggi, REDtone telah memeterai kerjasama dengan Maxis dan hasilnya kami mampu menawarkan kelajuan rangkaian hingga 100 Mbps," katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan perniagaan REDtone bersama media di sini hari ini.
 
Beliau berkata, perkongsian berkenaan hanya melibatkan infrastruktur 4G LTE dan bagi aktiviti promosi serta tawaran pakej ditentukan oleh pihak masing-masing.
 
"Maxis telah mempunyai infrastruktur 3G dan bakal ditingkatkan kepada 4G. Hasil kerjasama ini, REDtone tidak perlu lagi membangunkan infrastruktur berkenaan.
 
"Fokus perniagaan REDtone juga kini terarah kepada PKS dan korporat manakala Maxis adalah pengguna," jelasnya.
 
Sumber: Utusan 

Back