Kerjasama teroka pembangunan penyelesaian perladangan pintar

IoT Malaysia, Smart farming solutions, smart farming malaysia, iot based smart farming, agriculture, automation, smart solutions for durian farms, musang king

15 Aug Kerjasama teroka pembangunan penyelesaian perladangan pintar

REDtone IoT Sdn Bhd (RISB), anak syarikat REDtone Internation Berhad (REDtone) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bangi Farm Resort Sdn Bhd (BFR) untuk meneroka pembangunan penyelesaian perladangan pintar dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan kualiti durian di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REDtone, Lau Bik Soon berkata, rangkaian dan infrastruktur mobiliti, teknologi awan dan platform data besar serta kemahiran penyepaduan teknologi pihaknya akan memperkembangkan kepakaran BFR dalam penanaman durian.

“Penyelesaian IoT kami mampu merevolusikan sektor perladangan yang menawarkan data tepat dalam masa sebenar mengenai keadaan tanah dan air, ramalan cuaca, data besar yang memberi maklumat mengenai serangan haiwan perosak, kualiti tanah, pemantauan CCTV walaupun di kawasan yang terpencil serta sistem untuk pengesanan bermula daripada penghasilan durian ke pengedaran produk.

“Kami komited untuk membina ekosistem kerjasama teknologi dalam bentuk perkongsian kerana kami yakin ini adalah fakta penting untuk memaksimumkan nilai dan meningkatkan ketahanan ekonomi bagi projek perladangan pintar , ”katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Menurutnya, Malaysia adalah salah satu negara di Asia Tenggara yang memiliki kawasan penanaman durian terbesar.

 

Source: Harian Metro

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.