Medan gilap bakat baharu

REDtone 9th KL Junior Squash Championships 2015, Junior Squash, Squash, Sports, Squash Championships, Squash event, Squash competition, Squash championships competition

26 Nov Medan gilap bakat baharu

Dalam gamabar: Antara peserta yang akan mengambil bahagian Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Terbuka Kuala Lumpur Redtone 2015.

 

PENAMPILAN kesembilan Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Terbuka Kuala Lumpur Redtone menyaksikan peningkatan penyertaan pada edisi tahun ini dengan 610 pemain keseluruhan dari 13 negara termasuk penampilan sulung Colombia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Redtone, Lau Bik Soon berkata, satu peningkatan yang memberangsangkan dengan berjaya menarik peserta dari negara luar.

“Tahniah buat Kuala Lumpur dengan promosi yang baik sekali gus menarik minat peserta luar negara. Ia membuktikan bahawa kejohanan ini merupakan satu saingan yang menarik dan dalam masa sama peluang mereka untuk meraih mata di peringkat Asia,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis pelancaran kejohanan ini di pejabatnya di Puchong, Selasa lalu.

Seramai 518 peserta lelaki dan perempuan dari Malaysia manakala selebihnya adalah dari Singapura (21), Iran (21), Jepun (17), Indonesia (11), Hong Kong (6), India (4), Pakistan (3), Australia (3), Sri Lanka (2) Colombia (2), England (10) dan Papua New Guinea (1).

Semua peserta dibahagikan dalam Kategori Bawah 9, 11, 13, 15, 17 dan 19 Tahun yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 Disember ini di Pusat Skuasy Negara di Jalan Duta (Bawah 9, 11 dan 13) manakala Pusat Skuasy Negara Bukit Jalil bagi Kategori Bawah 17 dan 19 Tahun.

Untuk maklumkan, kejohanan ini adalah saingan bawah umur yang terbesar di Asia.

Bantu cungkil bakat baharu

Sementara itu, Bik Soon berkata, pihaknya amat berbangga apabila dapat menaja kejohanan berkenaan untuk kali keempat.

Katanya, pertandingan ini dianjurkan Persatuan Raket Skuasy Wilayah Persekutuan (SRAFT), dengan penglibatan Persekutuan Skuasy Asia (SAF) dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).

“Tahun ini memasuki kali keempat Redtone tampil sebagai penaja utama, saya berterima kasih kepada SRAFT yang melanjutkan peluang ini.

“Saya harap permainan jali ini lebih menarik dan dapat melihat bakat baharu muncul,” katanya akui ia sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada sukan negara.

Mata rangking Asia

Sementara itu, pengerusi penganjur, Steven Kwan Hon Wah berkata, tiada hadiah dalam bentuk wang kemenangan diberikan kepada pemenang sebaliknya lebih kepada pengiraan mata untuk ranking Asia.

“Kita tidak menawarkan ganjaran dalam bentuk tunai. Tapi, jika mereka berjaya dan memasuki pentas akhir dan menang kejohanan, ada pengiraan ranking yang diiktiraf peringkat remaja Asia.

“Cuma saya harap peserta dapat bermain bersungguh-sungguh. Di sini, mereka dapat bertemu rakan baharu, strategi baharu dan dapat meningkatkan kemahiran beraksi.

“Mereka ini ada potensi untuk bergelar pemain antarabangsa pada masa depan,” katanya yang juga Naib Pengerusi Persatuan Skuasy Kuala Lumpur.

Difahamkan bahawa nama besar seperti Ng Eain Yow yang memiliki rekod juara Terbuka Junior British 2015 tidak dapat mengambil bahagian edisi kali ini kerana sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, pemain remaja perempuan Kuala Lumpur, Andrea Lee, 16 pula dijangka akan mudah melepasi halangan untuk sekurang-kurangnya mara ke saingan peringkat separuh akhir kejohanan.

 

Source: Sinar Harian

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.