REDtone, Huawei raih Anugerah Projek Keselamatan Siber

Cloud service, flexiCloud, CyberSecurity Malaysia, Cloud Award

25 Oct REDtone, Huawei raih Anugerah Projek Keselamatan Siber

In picture: Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Abraham Liu (tiga dari kiri) dan Lau Bik Soon (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai-pegawai Huawei Malaysia dan REDtone selepas majlis Anugerah Keselamatan Siber Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

REDtone International Bhd. (REDtone) yakin keselamatan siber akan terus memainkan peranan penting dalam transformasi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REDtone, Lau Bik Soon berkata, perkongsian strategik bersama Huawei dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk terus meningkatkan dan menetapkan tanda aras baharu tanpa had dalam standard keselamatan siber membolehkan REDtone mengembangkan perniagaan awan.

Katanya, ia turut membantu ke arah mencapai peranan sebagai penyedia platform awan perniagaan ke perniagaan (B2B) terbesar di negara ini.

“Langkah ini juga membantu usaha kami dalam menawarkan penyelesaian awan bertaraf dunia yang akan memberi manfaat kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Huawei dan REDtone diumumkan sebagai penerima Anugerah Projek Keselamatan Siber pada 18 Oktober lalu yang dianjurkan CyberSecurity Malaysia (CSM). Anugerah tersebut adalah kali kedua buat Huawei sejak 2014.

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia diberikan sebagai penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah menyumbang kepada keselamatan siber atau ke­selamatan maklumat di Malaysia.

 

Source: Utusan Malaysia

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.