REDtone IoT, UTM-AIS jalin kerjasama

IoT, IOT, REDtone IOT, REDtone, REDtone IoT, Internet of Things, Smart City, Better city better world

28 Oct REDtone IoT, UTM-AIS jalin kerjasama

REDtone IoT Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sekolah Informatik Termaju Universiti Teknologi Malaysia (UTM-AIS) bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan internet segalanya (IoT).

REDtone IoT merupakan anak syarikat REDtone International Bhd., penyedia penyelesaian telekomunikasi berintegrasi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif REDtone IoT, Dr. Mazlan Abbas berkata, kerjasama dengan UTM itu bertujuan membangunkan penyelesaian IoT.

Katanya, perkongsian itu menggabungkan pengalaman industri yang dimilik REDtone IoT dengan kepakaran saintifik oleh penyelidik UTM dalam penyelidikan dan pembangunan bersama pasukan penyelidik daripada REDtone IoT.

“Ia melibatkan penggunaan aplikasi IoT termasuk CitiSense dan CitiAct dengan tumpuan kepada komuniksasi yang sahih dan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara penyelesaian yang boleh dilakukan menerusi IoT termasuk membabitkan isu kritikal seperti air sungai melimpah dan impak IoT dalam kehidupan seharian.

Memorandum itu ditandatangani oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid Omar dan Mazlan dengandisaksikan oleh Dekan UTM-AIS, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REDtone, Lau Bik Soon.

 

Source: Utusan Malaysia

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.