REDtone sasar 100,000 pengguna CitiAct sebulan

Internet of Things, IOT, Broadband for business in Malaysia, IOT in Malaysia

05 Aug REDtone sasar 100,000 pengguna CitiAct sebulan

Di gambar: Mazlan Abbas (kiri) dan Wei Chuan Beng memperkenalkan aplikasi baharu REDtone, CitiAct di Kuala Lumpur, semalam.

 

REDtone International Bhd. (REDtone) mengunjurkan sebanyak 100,000 orang bakal memuat turun dan menjadi pengguna aplikasi Internet Segala-galanya (IoT) baharunya, CitiAct dalam tempoh sebulan.
Pengarah Urusannya, Datuk Wei Chuan Beng berkata, CitiAct dibangunkan oleh anak syarikat REDtone, REDtone IOT Sdn. Bhd., yang turut mencipta platform dipanggil CitiSense bagi menguruskan data dalam penyimpanan awan.
Katanya, aplikasi berkenaan bertujuan menghubungkan orang ramai dengan pihak majlis tempatan ke arah mewujudkan bandar pintar kerana ia membolehkan pengguna membuat aduan seperti kes kebakaran dan tanah runtuh.
Ujar beliau, REDtone ketika ini sedang berbincang dengan beberapa majlis tempatan daripada 151 jumlah keseluruhan di seluruh Malaysia untuk mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.
“Syarikat menjangkakan segmen perniagaan baharu IoT berupaya menyumbang secara signifikan, lebih lima peratus kepada perolehan kumpulan dalam tiga tahun lagi.
“Sepanjang tahun lalu, kami telah mempertingkat perkhidmatan tambah nilai terurus termasuk perkhidmatan pusat data dan penyimpanan awan yang kami percaya adalah pemangkin untuk pertumbuhan masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran CitiAct di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksektif REDtone IOT, Dr. Mazlan Abbas. Aplikasi CitiAct boleh dimuat turun secara percuma melalui platform Android dan iOS. Pengguna CitiAct boleh melaporkan pelbagai isu semasa di bawah 15 kategori termasuk lampu isyarat yang rosak, haiwan terbiar dan jalan berlubang.

 

 

Source: Utusan

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.