WiFi percuma di Johor mulai Januari depan

02 Sep WiFi percuma di Johor mulai Januari depan

Di gambar: MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendafter aplikasi WiFi Percuma Johor sambil diperhatikan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim (dua dari kiri) dan Ketua Jabatan Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor, Mohd Haffiz Ahmad (kanan) ketika Majlis Pelancaran WiFi Percuma Johor di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. 

 

Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan WiFi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot WiFi percuma yang akan dipasang secara berperingkat.

Katanya, projek WiFi Percuma Johor adalah hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013. Beliau berkata, hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat.

“Program yang meliputi tempoh tiga tahun pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dataran Bandaraya Johor Baharu adalah lokasi pertama dari 135 hotspot yang menawarkan kemudahan WiFi percuma, mulai malam tadi.

 

Source: BH Online

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.