REDTONE LANTIK TUNKU TUN AMINAH PENGERUSI BAHARU
7 Mar 2017

REDtone International Bhd melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail yang juga puteri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebagai pengerusi baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, REDtone yang juga anak syarikat Berjaya Corp Bhd, berkata Tunku Tun Aminah, 30, menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al Habshee yang melepaskan jawatan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab lain.

Tunku Tun Aminah juga adalah Pengerusi Berjaya Waterfront Sdn Bhd.

“Kami yakin pelantikan Tunku Tun Aminah itu menepati perjalanan syarikat ini untuk terus maju dan berkembang di negara ini,” kata REDtone yang juga syarikat penyedia telekomunikasi bersepadu dan penyelesaian infrastruktur digital.

Tunku Tun Aminah adalah pengarah dalam beberapa syarikat lain, termasuk REDtone Network Sdn Bhd, Jauhari Maksima Sdn Bhd, Ikatan Jauhari Sdn Bhd, Ibzi Holding Sdn Bhd dan Iskandar Carrier Sdn Bhd.

Sultan Ibrahim Ismail adalah pemegang saham terbesar dalam REDtone.

Source: Berita Harian