REDTONE MEX RAIH KONTRAK RM130 JUTA DI SRI LANKA
2 Oct 2019

KUALA LUMPUR: REDtone MEX Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bernilai RM130 juta bagi pembekalan pengimejan perubatan, infrastruktur sistem maklumat radiologi tanpa filem dan kesaling hubungan rangkaian kepada 20 hospital di Sri Lanka, termasuk Hospital Nasional di Colombo.

Kontrak itu turut membabitkan pewujudan sebuah pusat penyelaras teleradiologi dalam pusat data selamat yang dilengkapi operator telekomunikasi bagi membolehkan kalangan ahli radiologi melakukan usaha penyimpanan, membuka, melihat dan menganalisis imej secara jarak jauh, demikian menurut kenyataan syarikat itu hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yee Kar Fong, berkata pusat penyelaras dan penggunaan kecerdasan pintar (AI) itu akan memacu kecekapan dan produktiviti dengan menghimpunkan ahli radiologi dan perubatan untuk melakukan usaha diagnosis, menambah baik pelan rawatan dan memaklumkan jenis rawatan untuk pesakit, khususnya di kawasan pedalaman.

“Ini pada akhirnya dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan di Sri Lanka. Selain itu, pelaksanaan sistem ini membantu kerajaan Sri Lanka menjimatkan kos berikutan amalan semasa yang membabitkan pembelian filem radiologi, cetakan, pengedaran dan penyimpanan yang tidak cekap serta menelan kos tinggi,” katanya.

Menurut syarikat itu, industri penjagaan kesihatan di Sri Lanka pada masa ini berdepan pelbagai cabaran termasuk pelaksanaan tempoh pelaksanaan penjagaan perubatan, kekurangan ahli radiologi dan peningkatan kos.

REDtone MEX adalah syarikat teknologi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyediakan teleradiologi, sistem arkib dan komunikasi gambar serta sistem maklumat radiologi tanpa rawatan kepada hospital, pusat perubatan dan klinik.

Credit to: bharian