Pertingkat kualiti WiFi

Johor WiFi Premium launch, Johor WiFi Premium, Johor WiFi, REDtone, Internet service provider

12 Oct Pertingkat kualiti WiFi

Di gambar: DATUK Hasni Mohammad (tengah) diiringi Setiausaha Bahagian, Bahagian Sains Teknologi dan ICT Johor, Tunku Zahrah Tunku Osman (dua dari kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Johor, Salehuddin Hassan (dua dari kanan) menunjukkan simbolik perasmian Perkhidmatan Premium Johor WiFi yang diadakan sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Pentas Mini Dataran Muafakat, Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Johor Bahru.

 

KERAJAAN negeri mempertingkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar (WiFi) menerusi pelancaran Perkhidmatan PREMIUM Johor WiFi sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017, di Dataran Muafakat (Kluster 1), Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkhidmatan terbaharu itu membabitkan penjualan perkhidmatan premium pra-bayar bagi mencari solusi terbaik serta memberikan faedah tambahan kepada pengguna awam.

KERAJAAN negeri mempertingkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar (WiFi) menerusi pelancaran Perkhidmatan PREMIUM Johor WiFi sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017, di Dataran Muafakat (Kluster 1), Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkhidmatan terbaharu itu membabitkan penjualan perkhidmatan premium pra-bayar bagi mencari solusi terbaik serta memberikan faedah tambahan kepada pengguna awam.

Perkhidmatan PREMIUM Johor WiFi ini bakal didatangkan dengan dua kadar pakej yang mampu dimiliki oleh semua golongan bagi memperoleh perkhidmatan tambahan.

Dengan hanya RM5, pengguna dilengkapi dengan dua Megabit sesaat (Mbps) kelajuan internet selama tiga hari, manakala pakej bernilai RM10 membolehkan pengguna mendapat capaian pada kadar kelajuan internet dua Mpbs dan ia sah selama tujuh hari.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Salehuddin Hassan yang juga Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Johor dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor, Tunku Zahrah binti Tunku Osman.

Beliau berkata negeri Johor salah sebuah negeri yang amat komited menyokong usaha-usaha ke arah transformasi bagi meningkatkan kesedaran dengan penerapan nilai positif serta pembudayaan sains, teknologi, ICT dan inovasi kepada rakyat Negeri Johor.

“Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan UICT Johor adalah sebagai peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi bagi negeri Johor.

” Prasarana yang selari perlu kita bangunkan yang mana pendekatan digital dalam segenap perkara bukan sahaja tertakluk kepada media sosial malah pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri akan turut berteraskan digital,” katanya.

Beliau berkata, Projek Johor WiFi menyediakan kemudahan ‘hotspot’ bagi menjamin ‘connectivity’ di antara bandar dan desa untuk mengelakkan perbezaan digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Mengulas lanjut katanya, sejak dilancarkan pada tahun 2015, perkhidmatan Johor WiFi digunakan golongan muda dan belia dan mereka mengharapkan ia ditambah baik.

“Antaranya mereka mahu kelajuan internet dapat dipertingkatkan dan kawasan liputan diperluas.

“Maka untuk memastikan usaha kerajaan ini dapat dimanfaatkan masyarakat, kita lancarkan Perkhidmatan PREMIUM Johor WiFi pada hari ini (semalam),” katanya.

 

Source: Hairan Metro

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.